Monday 26 December 2011

Anak menakan (anak buah) kahwin

  Sabtu 24hb Disember 2011, anak buah akak Harlinda (Linda) kawen. Jodoh dia dengan orang Langkawi. Linda ni kerja kat Maybank cawangan Langkawi (patut le bertemu jodoh dgn org sana.hihihi...). Mak si Linda ni adalah kakak ke-3 akak, tapi yang ke-4 dalam family. Linda ni anak ke-2 dari 4 adik beradik. Kakak sulongnya baru je lepas pantang.
  Jadi akak sekeluarga pun balik ke kampung nak meraikan pengantin baru ni. Kakak memang pilih tarikh tersebut sebab dia nak semua adik beradik dia yang ada kat area Lembah Klang ni dapat balik sebab cuti panjang. Akak bertolak balik petang hari  Jumaat. En. Hubby jemput akak kat ofis, singgah kat rumah ambil anak2 dan seorang anak buah yang nak tumpang sekali. Pukul 4.30 petang, kami bertolak dari Puncak Alam.
  Cuaca agak kurang baik, mendung dan hujan lebat di sesetengah tempat. Jalan jugak agak jem sebab ramai yang berpusu2 balik kampung sempena cuti hujung minggu yang panjang. Perjalanan kami makan masa 6 1/2 jam. Selalunya, dalam lingkungan 4 1/2 hingga 5 jam je. X pe lah.. janji perjalanan kami selamat. Alhamdulillah...kami sampai kat kg akak tepat jam 11 malam.
  Macam biasa lah.. bila dah sampai kampung, mata pun segar. Jumpa adik beradik, apa lagi, borak2 sakan sampai x sedar dah pukul 2 pagi. Tido lah, esok nak bangun  awal, tolong apa2 yang patut.
  Ok, meh kita layan gambar2 pengantin. X banyak yang akak tangkap sebab malas sebenarnya nak snap. Ada banyak dalam kamera En. Hubby, nanti akak akan upload lagi.
Tahniah untuk Linda dan pasangannya Aizam.. Maksu doakan jodoh kamu kekal ke akhir hayat... AMINNNNNN.....

No comments:

Post a Comment