Friday 7 September 2012

ENTRI YANG BASI...hehehehe

Assalamualaikum....
  
    Kami jalan2 ke Melaka pada bulan Jun lalu. Kami pergi bersama kawan akak Anna & familynya. Percutian 2 hari 1 mlm ni x dirancang awal2, semua buat pada last minute. Akak book homestay berdekatan bandar. Dan kami cuma pergi dengan sebuah kereta je. Seronok jugak sekali sekala makan angin beramai2...

   Ok, kita layan jer la gambar2 sekitar percutian singkat ni.












Thursday 6 September 2012

Selamat Berblog semula...hehehehehe

Assalamualaikum....
    Ya Allah...dah berbulan2 rupanya akak x hapdet blog yg x seberapa ni. Dahsyat betul tahap kemalasan & ke'bz'an akak ni...(hahahahaha...)
    Berbagai2 peristiwa pahit manis yang berlaku sepanjang akak menyepikan diri dari berblogging. Anak buah En. Hubby sakit tenat & meninggal dah pun seminggu selepas kami pulang menziarah di kampung. Al-Fatihah utk arwah Amy...
    Sibuk dengan aktiviti kelab Exora, makan angin & urusan anak2. Semua ni buatkan akak langsung x de masa nak jenguk blog. Sebulan puasa pulak, akak bertambah2 busy nak menyiapkan order kuih raya. Alhamdulillah, sambutan setiap tahun makin bertambah sampaikan akak terpaksa tutup order awal2 lagi. Bukan x kesian pada kawan2 yg terlambat bagi order, tapi akak terpaksa tolak sebab takut x cukup masa menyiapkan tempahan.
    Masa cuti raya jugak, salah sorang anak buah akak pulak kahwin pada raya ke-4. Seronok jugak sebab akak dapat sumbangkan cupcake & biskut utk doorgift pada pihak pengantin lelaki. Nanti akak upload gambar2 sekitar kenduri kat rumah kakak sulong akak tu.. Ramai kawan2 dari kelab Exora dari Puncak Alam yang datang memeriahkan majlis tu. Terima Kasih kawan2 sbb sudi bertandang..hihihihihi
    Ok, sekian dulu utk kali ni. Ada masa nanti, akak akan upload gambar2 sepanjang ketiadaan akak di blog ni..

    Wassalam....

Wednesday 25 January 2012

BILA EN. HUBBY TURUN DAPUR.....

Assalamualaikum.....
  Hari Ahad lepas, En Hubby kata nak dok rumah je, nak kemas rumah, cuci kain bagai...so, akak layan jer la. Lagipun dah lama gak dapur kat rumah ni x berasap. Selongkar ais box, jumpa petai yg dah dekat 2 minggu terendam dalam air (konon2 nak buat jeruk, tapi rendam dulu dgn air masak, simpan dlm tupperware. petai tu dah kembang semangkuk sbb lama sgt), ikan keli & udang. Apalagi, akak pun masak ler kari ikan keli campur timun dan udang goreng kunyit untuk anak2. En. Hubby x makan ikan darat & udang, so nak kena la masak menu lain lak. Dok pikir2 nak masak apa dgn petai tu, lalu akak pun teringat la akan kelazatan sambal tumis ikan bilis petai yang En Hubby pernah masakkan masa baru2 kawen dulu.
  Akak pun apa lagi...buat ler permintaan suruh dia masakkan utk akak. Nasib baik mood dia ok, ada sikit kerajinan nak masuk dapur. Bayangkan, dah dekat 12 tahun dia x masak.. hahahaa....akak pun risau gak kot2 ler sambal jadi kari la pulak. ekekekekkk....tapi ternyata, rasa nya tetap sama mcm dulu2. Pergggghhhhhh....mmg power la..

  Hahaha... Nampak x udang tu? Sikit je masak sebab yang nak makannya cuma Adam sorang. Adik2 semua x mau. So, akak masakkan 7 ekor je.
   Sambal ikan bilis petai yang telebih petai dari ikan bilis. Nak abiskan stok petai.


   Ok... jumpa lagi nanti.. untuk update yang seterusnya.
Wassalam..


MEE UDANG BANJIR PUNYA CERITA...

Assalamualaikum...
  Lama gak akak x hapdet blog ni. Malas @ sibuk? hahaha... rasanya dua2 pun ye. Cuti CNY baru2 ni, asyik jer jalan2. Tiap2 hari x lekat kat rumah. Konon2 nak dok rumah, x nak keluar sebab jalan jem. Ermmmm....x de maknanya... hihihihi...
  Ok lah, jom kita layan gambar2 sekitar jalan2 cari mee udang.
   Ni mee udang banjir Tg Karang. Femes gak gerai ni sebab pernah masuk rancangan Jalan2 Cari Makan TV3. Akak pun try ler semangkuk. Semangkuk je tau! Kenapa akak makan semangkuk je? Sebab..... Bau udang kering yg sangat kuat dan kuah yg pekat ala2 mi bandung Muar, x berapa ngam dgn selera akak. Pada akak, mee udang banjir Kuala Selangor lagik best.
   Haikal nak makan mee udang, so order la 2 mangkuk. 1 utk akak, 1 utk dia. Adam lak order nasi goreng udang, Angah nasi goreng ayam. En. Hubby nak order sup tulang, habis la pulak. Last2, dia order minum je la..

  Ok.. itu cerita mee udang yg femes tu. Bagi org lain, mungkin suka dgn mee kat sini. Tu la kan, lain org lain citarasanya..

  Sekarang kita layan lak mee udang Kuala  Selangor. Akak suka rasa kuahnya yang manis dan mee yang lembut. Lebih kurang mee udang Sg Dua, cuma yang ni udangnya kecil2 je. Tapi ok la, puas hati gak. Makan sampai 1 1/2 mangkuk. hahaha... lapar & sedap punya pasal. Mula2 order 1 mangkuk, x cukup. Pastu order 1 lagi kongsi dgn Adam. Hmmmm....mak & anak ni sama naik. Kalau bab makan, kussss semangat. ekekekek...
  Haaa...tu dia. Cer tengok, sedap kan? Lain kali memang nak pegi lagi. X puas makan..

   Ini ler kedai mee udang banjir Kuala Selangor tu. Ramai sungguh orang. Kedai ni sebelah Mc Donald, kat seberang jalan ada masjid. Senang nak jumpa sebab kat tepi jalan utama.
  Next time, memang akan ku serang lagi kedai ni. Nak bawa adik beradik akak lak. Tungguuuuuuuuuuuu...   

Monday 16 January 2012

Bergumbira....Makan.....Dan makan lagiiiii....

Sambungan cerita cuti2 sempena Krismas. Selepas kenduri kawin anak buah akak, kami ke Sungai Petani, berkonvoi dengan geng kelab Exora utk berTT kat dusun Haji Bukhari, salah sorang exorian dari Utara. Dusun tu kat belakang kawasan rumah jer, tapi best sebab banyak pokok rambutan. Langsat dan manggis pun ada. Dapat makan buah fresh yang boleh petik sendiri. Memang meriah dengan kehadiran lebih 20 buah Exora.
 Kita layan jer la gambar2 sekitar TT tu. 
 Tengok ler tu, best kan? Bersila atas tikar sambil makan buah2an fresh dari dusun, petik sendiri dengan jari jer. hihihii....
 Lepak2 macam ni, memang seronok.
 Longgokan buah2 durian. Nak makan, kopek jer, makan ler berapa banyak yang larat.

Lepas makan buah2an kat dusun tu, akak bawa kawan2 dari Puncak Alam tu pergi makan mee udang kat Sungai Dua. Yang sebetulnya, bukan akak dan En. Hubby bawa diorang, diorang yang bawa kitorang. ekekekekkk... kitorang cuma tunjukkan jalan jer. Sebabnya, kitorang pun tak pernah pergi makan kat situ. Dah banyak kali ajak En. Hubby, tapi tak dilayannya. Errmmmm... dah dapat peluang pergi, apa lagi, makannnnnnnnn... nyam3x... Memang sedap sangat mee udang ni. Nama kedai tu Mee Udang Sri Penambang. Lain kali mesti pergi lagi, tak puas makan hari tu. hehehehee....

Sambungan Majlis Kahwin Linda

Assalamualaikum....
 Lama akak x update blog. Sibuk betul sejak hujung tahun, nak prepare keperluan sekolah anak2, nak bergumbira dgn kawan2 lagi...heheheh...mcm2 agenda sepanjang hujung tahun sampai lah ke tahun baru ni.
  Nak upload gambar2 sekitar majlis kenduri kawin anak buah akak Linda. Pastu banyak lagi gambar2 dan cerita ceriti kisah kehidupan akak dan family. Nantikannnnn....
 Sesi bergambar.. biasa la, semua orang nak ambik gambar dgn pengantin.. ambik berkat. hihihihi....
 Bersama kakak sulung akak, kami panggil Kak Cik.
 Ni mak ayah pengantin, kakak dan abang ipar akak ler... (posing ala2 filem hindustan la pulak..heheheh..)
 Yang ni pulak, pengantin lama yang dah berkarat.. heheheh....teringin nak bergambar atas pelamin sebab masa kawin dulu, arwah bapa tak kasi bersanding, jadi tak de la buat pelamin.. dapat peluang lepaskan gian , apa lagi, posing le kejap..ekekekkkkk......
 Ni semua orang2 kampung. Memang setiap kali ada kenduri kawin, diorang akan bergotong royong masak dan siapkan semua.

 Kaum wanita pun sama2 sibuk siapkan makanan.
 Yang ni kawan akak Puan Julie Lani dari Puncak Alam. Geng kelab Exora ler. Diorang datang 4 buah kereta. Dalam perjalanan menuju Padang Besar, jadi singgah dulu kampung akak makan kenduri. Memang rezeki diorang, elok je sampai, makanan baru siap di masak. Dapat makan yang fresh ler.
 Himpunan anak2 menakan (saudara) akak. Ramai lagi yang x sempat nak snap gambar.

Ok, itu je gambar yang sempat akak ambik. Overall, kenduri ni memang best. Lauk pauk memang sedap gilerrr....
Nantikan pulak, gambar2 sekitar percutian kami kat Kedah sambil layan kawan2 dari kelab Exora.. Tungguuuuuuuuuu......

Sambungan Majlis Kahwin Linda

Assalamualaikum....
 Lama akak x update blog. Sibuk betul sejak hujung tahun, nak prepare keperluan sekolah anak2, nak bergumbira dgn kawan2 lagi...heheheh...mcm2 agenda sepanjang hujung tahun sampai lah ke tahun baru ni.
  Nak upload gambar2 sekitar majlis kenduri kawin anak buah akak Linda. Pastu banyak lagi gambar2 dan cerita ceriti kisah kehidupan akak dan family. Nantikannnnn....