Monday 16 January 2012

Bergumbira....Makan.....Dan makan lagiiiii....

Sambungan cerita cuti2 sempena Krismas. Selepas kenduri kawin anak buah akak, kami ke Sungai Petani, berkonvoi dengan geng kelab Exora utk berTT kat dusun Haji Bukhari, salah sorang exorian dari Utara. Dusun tu kat belakang kawasan rumah jer, tapi best sebab banyak pokok rambutan. Langsat dan manggis pun ada. Dapat makan buah fresh yang boleh petik sendiri. Memang meriah dengan kehadiran lebih 20 buah Exora.
 Kita layan jer la gambar2 sekitar TT tu. 
 Tengok ler tu, best kan? Bersila atas tikar sambil makan buah2an fresh dari dusun, petik sendiri dengan jari jer. hihihii....
 Lepak2 macam ni, memang seronok.
 Longgokan buah2 durian. Nak makan, kopek jer, makan ler berapa banyak yang larat.

Lepas makan buah2an kat dusun tu, akak bawa kawan2 dari Puncak Alam tu pergi makan mee udang kat Sungai Dua. Yang sebetulnya, bukan akak dan En. Hubby bawa diorang, diorang yang bawa kitorang. ekekekekkk... kitorang cuma tunjukkan jalan jer. Sebabnya, kitorang pun tak pernah pergi makan kat situ. Dah banyak kali ajak En. Hubby, tapi tak dilayannya. Errmmmm... dah dapat peluang pergi, apa lagi, makannnnnnnnn... nyam3x... Memang sedap sangat mee udang ni. Nama kedai tu Mee Udang Sri Penambang. Lain kali mesti pergi lagi, tak puas makan hari tu. hehehehee....

No comments:

Post a Comment