Wednesday, 25 January 2012

MEE UDANG BANJIR PUNYA CERITA...

Assalamualaikum...
  Lama gak akak x hapdet blog ni. Malas @ sibuk? hahaha... rasanya dua2 pun ye. Cuti CNY baru2 ni, asyik jer jalan2. Tiap2 hari x lekat kat rumah. Konon2 nak dok rumah, x nak keluar sebab jalan jem. Ermmmm....x de maknanya... hihihihi...
  Ok lah, jom kita layan gambar2 sekitar jalan2 cari mee udang.
   Ni mee udang banjir Tg Karang. Femes gak gerai ni sebab pernah masuk rancangan Jalan2 Cari Makan TV3. Akak pun try ler semangkuk. Semangkuk je tau! Kenapa akak makan semangkuk je? Sebab..... Bau udang kering yg sangat kuat dan kuah yg pekat ala2 mi bandung Muar, x berapa ngam dgn selera akak. Pada akak, mee udang banjir Kuala Selangor lagik best.
   Haikal nak makan mee udang, so order la 2 mangkuk. 1 utk akak, 1 utk dia. Adam lak order nasi goreng udang, Angah nasi goreng ayam. En. Hubby nak order sup tulang, habis la pulak. Last2, dia order minum je la..

  Ok.. itu cerita mee udang yg femes tu. Bagi org lain, mungkin suka dgn mee kat sini. Tu la kan, lain org lain citarasanya..

  Sekarang kita layan lak mee udang Kuala  Selangor. Akak suka rasa kuahnya yang manis dan mee yang lembut. Lebih kurang mee udang Sg Dua, cuma yang ni udangnya kecil2 je. Tapi ok la, puas hati gak. Makan sampai 1 1/2 mangkuk. hahaha... lapar & sedap punya pasal. Mula2 order 1 mangkuk, x cukup. Pastu order 1 lagi kongsi dgn Adam. Hmmmm....mak & anak ni sama naik. Kalau bab makan, kussss semangat. ekekekek...
  Haaa...tu dia. Cer tengok, sedap kan? Lain kali memang nak pegi lagi. X puas makan..

   Ini ler kedai mee udang banjir Kuala Selangor tu. Ramai sungguh orang. Kedai ni sebelah Mc Donald, kat seberang jalan ada masjid. Senang nak jumpa sebab kat tepi jalan utama.
  Next time, memang akan ku serang lagi kedai ni. Nak bawa adik beradik akak lak. Tungguuuuuuuuuuuu...   

No comments:

Post a Comment