Monday, 16 January 2012

Sambungan Majlis Kahwin Linda

Assalamualaikum....
 Lama akak x update blog. Sibuk betul sejak hujung tahun, nak prepare keperluan sekolah anak2, nak bergumbira dgn kawan2 lagi...heheheh...mcm2 agenda sepanjang hujung tahun sampai lah ke tahun baru ni.
  Nak upload gambar2 sekitar majlis kenduri kawin anak buah akak Linda. Pastu banyak lagi gambar2 dan cerita ceriti kisah kehidupan akak dan family. Nantikannnnn....
 Sesi bergambar.. biasa la, semua orang nak ambik gambar dgn pengantin.. ambik berkat. hihihihi....
 Bersama kakak sulung akak, kami panggil Kak Cik.
 Ni mak ayah pengantin, kakak dan abang ipar akak ler... (posing ala2 filem hindustan la pulak..heheheh..)
 Yang ni pulak, pengantin lama yang dah berkarat.. heheheh....teringin nak bergambar atas pelamin sebab masa kawin dulu, arwah bapa tak kasi bersanding, jadi tak de la buat pelamin.. dapat peluang lepaskan gian , apa lagi, posing le kejap..ekekekkkkk......
 Ni semua orang2 kampung. Memang setiap kali ada kenduri kawin, diorang akan bergotong royong masak dan siapkan semua.

 Kaum wanita pun sama2 sibuk siapkan makanan.
 Yang ni kawan akak Puan Julie Lani dari Puncak Alam. Geng kelab Exora ler. Diorang datang 4 buah kereta. Dalam perjalanan menuju Padang Besar, jadi singgah dulu kampung akak makan kenduri. Memang rezeki diorang, elok je sampai, makanan baru siap di masak. Dapat makan yang fresh ler.
 Himpunan anak2 menakan (saudara) akak. Ramai lagi yang x sempat nak snap gambar.

Ok, itu je gambar yang sempat akak ambik. Overall, kenduri ni memang best. Lauk pauk memang sedap gilerrr....
Nantikan pulak, gambar2 sekitar percutian kami kat Kedah sambil layan kawan2 dari kelab Exora.. Tungguuuuuuuuuu......

No comments:

Post a Comment