Thursday 6 September 2012

Selamat Berblog semula...hehehehehe

Assalamualaikum....
    Ya Allah...dah berbulan2 rupanya akak x hapdet blog yg x seberapa ni. Dahsyat betul tahap kemalasan & ke'bz'an akak ni...(hahahahaha...)
    Berbagai2 peristiwa pahit manis yang berlaku sepanjang akak menyepikan diri dari berblogging. Anak buah En. Hubby sakit tenat & meninggal dah pun seminggu selepas kami pulang menziarah di kampung. Al-Fatihah utk arwah Amy...
    Sibuk dengan aktiviti kelab Exora, makan angin & urusan anak2. Semua ni buatkan akak langsung x de masa nak jenguk blog. Sebulan puasa pulak, akak bertambah2 busy nak menyiapkan order kuih raya. Alhamdulillah, sambutan setiap tahun makin bertambah sampaikan akak terpaksa tutup order awal2 lagi. Bukan x kesian pada kawan2 yg terlambat bagi order, tapi akak terpaksa tolak sebab takut x cukup masa menyiapkan tempahan.
    Masa cuti raya jugak, salah sorang anak buah akak pulak kahwin pada raya ke-4. Seronok jugak sebab akak dapat sumbangkan cupcake & biskut utk doorgift pada pihak pengantin lelaki. Nanti akak upload gambar2 sekitar kenduri kat rumah kakak sulong akak tu.. Ramai kawan2 dari kelab Exora dari Puncak Alam yang datang memeriahkan majlis tu. Terima Kasih kawan2 sbb sudi bertandang..hihihihihi
    Ok, sekian dulu utk kali ni. Ada masa nanti, akak akan upload gambar2 sepanjang ketiadaan akak di blog ni..

    Wassalam....

No comments:

Post a Comment