Monday, 26 December 2011

Anak menakan (anak buah) kahwin

  Sabtu 24hb Disember 2011, anak buah akak Harlinda (Linda) kawen. Jodoh dia dengan orang Langkawi. Linda ni kerja kat Maybank cawangan Langkawi (patut le bertemu jodoh dgn org sana.hihihi...). Mak si Linda ni adalah kakak ke-3 akak, tapi yang ke-4 dalam family. Linda ni anak ke-2 dari 4 adik beradik. Kakak sulongnya baru je lepas pantang.
  Jadi akak sekeluarga pun balik ke kampung nak meraikan pengantin baru ni. Kakak memang pilih tarikh tersebut sebab dia nak semua adik beradik dia yang ada kat area Lembah Klang ni dapat balik sebab cuti panjang. Akak bertolak balik petang hari  Jumaat. En. Hubby jemput akak kat ofis, singgah kat rumah ambil anak2 dan seorang anak buah yang nak tumpang sekali. Pukul 4.30 petang, kami bertolak dari Puncak Alam.
  Cuaca agak kurang baik, mendung dan hujan lebat di sesetengah tempat. Jalan jugak agak jem sebab ramai yang berpusu2 balik kampung sempena cuti hujung minggu yang panjang. Perjalanan kami makan masa 6 1/2 jam. Selalunya, dalam lingkungan 4 1/2 hingga 5 jam je. X pe lah.. janji perjalanan kami selamat. Alhamdulillah...kami sampai kat kg akak tepat jam 11 malam.
  Macam biasa lah.. bila dah sampai kampung, mata pun segar. Jumpa adik beradik, apa lagi, borak2 sakan sampai x sedar dah pukul 2 pagi. Tido lah, esok nak bangun  awal, tolong apa2 yang patut.
  Ok, meh kita layan gambar2 pengantin. X banyak yang akak tangkap sebab malas sebenarnya nak snap. Ada banyak dalam kamera En. Hubby, nanti akak akan upload lagi.
Tahniah untuk Linda dan pasangannya Aizam.. Maksu doakan jodoh kamu kekal ke akhir hayat... AMINNNNNN.....

Besday Adik

  Entry yang terlambat. Sibuk & malas, tu pasal la lambat update. Dah seminggu gambar ni dalam simpanan. Ye lah, besday dia jatuh pada 20hb hari tu.
   Masa hari kejadian tu, akak lambat balik dari ofis. Dalam perjalanan, dia asyik call tanya, dah sampai mana, beli x hadiah adik, ada kek x..mcm2 yg ditanya. Sampai naik pening nak jawab. Dah tu, bukan setakat call sekali, berkali2 asyik dok jawab soalan sama. Adehhhh... Mula2 dia marah sbb akak balik dengan tangan kosong je, akak cakap akak tertinggal hadiah dia kat ofis. Mula la menangis, pastu ajak ayah beli yang lain. Hehehe... saja je nak suprisekan dia. Last2 sengih meleret bila kereta membelok masuk McD. Yg penting dia puas hati. Alhamdulillah...
Tak sempat nak buat kek, jadi akak singgah je Secret Recipe, dia cakap nak kek strawberry, tapi x de, so akak ambil je la kek moist chocolate ni.

 
 
 Abang2 punya la happy. Tumpang sekaki..



Monday, 19 December 2011

Koleksi kek hasil sentuhan ku... (lagi??) hehehe...

       Assalamualaikum...

    Kita jamu mata jer la. Dah lama gambar2 ni kat dalam hp & FB, tunggu masa je nak upload kat blog. Hehehe... maklum le... akak baru je belajar2 berblog kan..
   Meh ler, layan gambar2 ni....

     Buat kek ni masa bufday anak akak yg no. 2 tu. Dia nak gambar Kamen Rider ni, so mak dia ni pun, layankan jer la. Kek marble dgn buttercream.

   Yang ni pula, Brownies Coklat. Utk bufday dia juga. 1st time menghias kek guna buttercream, x cukup peralatan, x cukup kemahiran. Tapi akak hantam saja la.. Hahaha... Yang penting b'day boy tu suka banget..

    Kek ni, jiran akak order untuk anak pompuan dia. Last minute order, nasib baik dia minta buatkan kek coklat moist & hiasan yg simple je.


   Kek span coklat berlapiskan krim blueberry, disaluti whipped cream yg lazat dan dihiasi dgn fruit cocktail..Yummy.... Order daripada jiran utk anak bujangnya.. TQ jiran2ku...






    Yang ni pun Brownies Coklat. Buat ni untuk suprisekan (rosak bahasa..hihihi) En. Hubby & kawan2 Exoriannya sempena pelancaran logo grup Exora kawasan Puncak Alam. X tau le, diorang suprise betul2 atau buat2 suprise...kihkihkih... Tapi x kisah lah, janji akak cuba gak utk mengejutkan diorang semua.

   Ok la, ini je yang rajin nak upload untuk hari ni. Jumpa lagiiiiii....







Thursday, 15 December 2011

Menu malam ni...


Plan nak masak sup ayam & sambal tumis telur. Singgah kedai runcit beli ayam, suun & daun sup. Tapi bila sampai kat rumah, anak2 minta masakkan ayam masak kicap. Alahai.... tak sampai hati lak nak tolak, akak layankan jer lah. Tengok atas meja, ada cendawan segar, Along cakap jiran atas rumah bagi. Cantekkkk... boleh ler masak tumis air.
Tanya En. Hubby, ok x kalau tukar menu? Dia kata ikut jer la anak2 nak makan apa...

Jadi menu malam ni pun bertukar lah...hehehehe...

                                      Cendawan tumis air

                                            Sambal telur

                                        Ayam masak kicap

Tuesday, 13 December 2011

Jom ronda2 makan DURIAN di SS 2, Kelana Jaya

  Hari minggu lepas, teringin sgt nak makan durian. Tempat ni dah banyak kali pegi, memang best. Kitorang satu family memang suka giler dgn raja buah ni.
Ha ha ha ... tengok le gaya si Haikal makan, sampai menjilat jari. 
 Terliur?? Hmmmmmm.. x perlu kata apa2.. Tengok jer yea!

Deretan buah2 durian pelbagai jenis. Ada 'musang king', 'tekah', 'D24' dan mcm2 lagi nama.

Ni citer si Angah pulak. Makan durian x hengat. Balik rumah, nak makan pulut dgn durian pulak. Akak layankan jer. Hah... ambik ko, mlm tu tak boleh tidur. Batuk x henti2. Last2 ajak En. Hubby bawa dia pergi hospital. Terus doktor bagi Nebulizer. Bunyi nafas dia mcm nak semput.. Hehehe... itu lah penangan durian + pulut.

Monday, 12 December 2011

Lagi hasil sentuhan ku...

Kek ni buat untuk b'day anak sulong akak Adam Hakimi. Kek span coklat layer dgn blueberry krim (blueberry filling + whip cream), disaluti whip cream kat luar.

HASIL SENTUHAN KU...

Order yg pertama dari baby sitter utk besday anak bongsunya. Kek choc moist 1 kg++. Customer x cerewet, so akak buat ikut kreativiti sendiri je.. Alhamdulillah, dia berpuas hati.

Entri pertama...

Blog ni tercipta sekadar utk berkongsi cerita ttg masakan dan karenah anak2 serta asam garam kehidupan.....